_

Followers

Thursday, 2 February 2012

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Aku Punye Pasal Laaa :)

Aku Punye Pasal Laaa :)
Mohd Syafiq Erfan

Jom baca kalau sudi laa :)

ADA hikmahnya...

Tok penghulu dengan anaknya membela seekor kuda . mereka amat menyayangi kuda tersebut . satu hari , kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran . orang-orang kampung yang mengetahui hal tersebut berkata kepada tok penghulu . "kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan tok . tentu tok sedih ..."

Sebaliknya Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "tak apalah mesti ada hikmah sebaliknya."

"apa hikmahnya tok?"

Tok pun tak tahu . tapi pasti ada hikmahnya .. "

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar . orang kampung sangan kagum kerana bilangan kuda kepunyaan tok penghulu semakin bertambah secara tiba-tiba . mungkin sudah rezekinya kot...

"tok bertuahlah . Untung, "begitulah kata orang kampung"

Tok penghulu sebaliknya berkata, "belum tentu lagi, tapi Tok yakin tentu ada Hikmahnya."

Anak lelaki tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya . setiap hari dia menunggan kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain . begitu sibuk dan tangkas sekali . entah bagaimana pada satu petang , anak tok penghulu itu jatuh dari kudanya lalu tangan kanannya patah.

*MALANG BENAR NASIB TOK , BARU DAPAT NIKMAT SEKARANG DITIMPA MASALAH PULA .

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan tok penghulu. mereka datang menziarahi anak tok penghulu yang terlantar . "malang benar nasib tok. baru dapat nikmat ditimpa bala pula .

Tok penghulu tersemyum dan berkata . "Ini ujian Allah . tentu ADA hikmahnya ."

tidak lama kemudian , kampung mereka didatangi oleh pegawai atasan tentera negara itu. orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikamanusiaan .

" raja sudah memerintah semua anak muda lelaki dikumpulkan. negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang !" arah ketua tentera .

Para remaja lelaki dibariskan di hadapan ketua tentera termasuk anak lelaki tok penghulu yang patah tangan tadi .

"kamu dikecualikan ! tidak ada gunanya membawa orang yang tangan patah !" kata ketua tentera sambil menunding jarinya kearah anak lelaki Tok Penghulu .

Pada ketika itu , dalam hati orang kampung terkejut mendengar kata-kata dari mulut penghulu mereka , "MESTI ADA HIKMAHNYA . "

#jadi macam ni lah . aku taw korang minat pun membaca ni kan . sekali sekala aje membaca pun . pengajaran dari cerita kat atas tu mengatakan SETIAP YANG BERLAKU ADA BURUK DAN BAIKNYA . kita mestilah mengharap kebaikan sebaliknya daripada Allah . ;)

~~~SEKIAN~~~